IMAM AL-SHAFI'I RA, KITAB-KITABNYA DAN PARA SAHABAT

 

Bag I

Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-'Abbas bin 'Uthman bin Shafi' bin AL-Saib bin 'Ubaid bin Yazid bin Hashim bin 'Abd al-Muttalib bin 'Abd Manaf bin Ma'n bin Kilab bin Murrah bin Lu'i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al'Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilias bin Al-Nadr bin Nizar bin Ma'd bin 'Adnan bin Ud bin Udad. Keturunan beliau bertemu dengan titisan keturunan Rasulullah S.A.W pada 'Abd Manaf. ibunya berasal dari Kabilah Al-Azd, satu kabilah Yaman yang masyhur.

PENGHIJRAHAN KE PALESTINA

Imam Al-Shafi'i RA, Kitab-Kitabnya Dan Para Sahabat - Sebelum beliaudilahirkan, keluarganya telah pindah ke Palestina karena bapaknya terlibat di dalam angkatan tentara yang ditugaskan untuk megnawal perbatasan Islam di sana. Sedangkan Kelahiran dan Kehidupannya, menurut pendapat yang masyhur, beliau dilahirkan di Ghazzah-Palestina pada tahun 150 Hijrah. Tidak lama sesudah beliau dilahirkan bapaknya berpulang ke Rahmatullah. Tinggallah beliau bersama ibunya sebagai seorang anak yatim. Kehidupan masa kecilnya dilalui dengan serba kekurangan dan kesulitan.

Hidup Imam As-Shafi'i (150H-204H) merupakan pengembaraan yang tersusun di dalam bentuk yang sungguh menarik dan amat berkesan terhadap pembentukan kriteria ilmiah dan popularitasnya.

AL-SHAFI'I DI MAKKAH (152H-164H)

Pengembaraan beliau bermula sejak beliau berumur dua tahun lagi (152H), ketika itu beliau dibawa oleh ibunya berpindah dari tempat kelahirannya yaitu dari Ghazzah, Palestina ke Kota Makkah untuk hidup bersama keluarganya.

Di kota Makkah kehidupan beliau tidak tetap karena beliau dibawa ke perkampungan Bani Huzail, menurut tradisi bangsa, anak-anak muda mereka harus di bawa ke perkampungan tersebut guna mewarisi kemahiran bahasa ibunda mereka dari sumber asalnya yang belum terpengaruh dengan integrasi bahasa-bahasa asing seperti bahasa Parsi dan sebagainya. Satu hal lagi adalah supaya mereka dapat dibekali dengan Al-Furusiyyah (Latihan Perang Berkuda). Kehidupan beliau di peringkat ini mengambil masa dua belas tahun (152-164H).

Sebagai hasil dari usahanya, beliau telah mahir dalam ilmu bahasa dan sejarah di samping ilmu-ilmu yang berhubung dengan Al-Qur'an dan Al-Hadits. Selepas pulang dari perkampungan itu beliau meneruskan usaha pembelajarannya dengan beberapa mahaguru di Kota Makkah sehingga beliau menjadi terkenal. Dengan kecerdikan dan kemampuan ilmiahnya beliau dapat menarik perhatian seorang mahagurunya yaitu Muslim bin Khalid Al-Zinji yang mengizinkannya untuk berfatwa sedangkan umur beliau masih sangat remaja yaitu lima belas tahun.

Sesudah itu beliau pindah ke Madinah dan menemui Imam Malik. Beliau berdampingan dengan Imam Malik di samping mempelajari ilmunya, sampai Imam Malik wafat pada tahun 179H, yaitu selama lima belas tahun. Semasa beliau bersama Imam Malik hubungan beliau dengan ulama-ulama lain yang menetap di kota itu dan juga datang dari luar berjalan dengan baik dan ebrfaedah. Dari sini dapatlah difahami bahwa beliau semasa di Madinah telah dapat mewarisi ilmu bukan saja dari Imam Malik tetapi juga dari ulama-ulama lain yang terkenal di kota itu.

AL-SHAFI'I DI YAMAN (179H-184H)

Ketika Imam Malik wafat pada tahun 179H, kota Madinah diziarahi oleh Gubernur Yaman. beliau telah dipilih oleh sebagian orang-orang Qurasyh Al-Madinah supaya mencari pekerjaan bagi Al-Shafi'i. Lalu beliau melantiknya menjalankan satu pekerjaan di wilayah Najran. Sejak itu Al-Shafi'i terus menetap di yaman hingga berlaku pertukaran Gubernur wilayah itu pada tahun 184H. Pada tahun itu satu fitnah ditimbulkan terhadap diri Al-Shafi'i sehingga beliau dihadapkan ke hadapan Harun Al-Rashid di Baghdad atas tuduhan Gubernur baru itu sering menerima kecaman Al-Shafi'i karena kekejaman dan kezalimannya. Tetapi ternyata terbukti bahwa beliau tidak bersalah dan kemudian beliau pun dibebaskan.

AL-SHAFI'I DI BAGHDAD 9184H-186H)

Peristiwa itu walaupun secara kebetulan, tetapi membawa arti yang amat besar kepada Al-Shafi'i karena pertama, ia berpeluang menziarahi kota Baghdad yang terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan dan para ilmuan ketika itu. Kedua, ia berpeluang bertemu dengan Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani, seorang tokoh Mazhab Hanafi dan sahabat karib Imam Abu Hanifah dan tokoh di dalam mazhab Ahl al-Ra'y. Dengan peristiwa itu terbukalah satu era baru dalam pengembaraan Al-Imam ke kota Baghdad yang dikatakan berlaku sebanyak tiga kali sebelum beliau berpindah ke Mesir.

Dalam pegnembaraan pertama ini Al-Shafi'i tinggal di kota Baghdad sehingga tahun 186H. Selama masa ini (184H-186H) beliau sempat membaca kitab-kitab Mazhab Ahl al-Ra'y dan mempelajarinya, terutamanya hasil tulisan Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani, di samping membicarakannya di dalam beberapa perdebatan ilmiah di hadapan Harun Al-Rashid sendiri.

AL-SHAFI'I DI MAKKAH (186H-195H)

Pada tahun 186H, Al-Shafi'i pulang ke Makkah membawa hasil usahanya di Yaman dan Iraq dan beliau terus melibatkan dirinya di bidang pengajaran. Dari sini muncullah satu bintang baru yang berkedipan di ruang langit Makkah membawa satu nafas baru di bidang fiqah, satu nafas yang bukan Hijazi, dan bukan pula Iraqi dan Yamani, tetapi ia adalah gabungan dari ke semua aliran itu. Sejak itu menurut pendapat setengah ulama, lahirlah satu Mazhab Fiqhi yang baru yang kemudian dikenal dengna Mazhab Al-Shafi'i.

Selama sembilan tahun (186-195H) Al-Shafi'i menghabiskan masanya di kota suci Makkah bersama para ilmuan lainnya, membahas, mengajar, mengkaji di samping berusaha untuk melahirkan satu intisari dari beberapa aliran dan juga persoalan yan gsering bertentangan yang beliau temui masa itu.

AL-SHAFI'I DI BAGHDAD 195H-197H)

Dalam tahun 195H, untuk kali keduanya Al-Shafi'i berangkat ke kota Baghdad. keberangkatannya kali ini tidak lagi sebagai seorang yang tertuduh, tetapi sebagai seorang alim Makkah yang sudah mempunyai personalitas dan aliran fiqah yang tersendiri. Catatan perpindahan kali ini menunjukkan bahwa beliau telah menetap di negara itu selama dua tahun (195-197H).

Di dalam masa yang singkat ini beliau berjaya menyebarkan "Method Usuli" yang berbeda dari apa yang dikenal pada saat itu. Penyebaran ini sudah tentu menimbulkan satu respon dan reaksi yang luar biasa di kalangan para ilmuan yang kebanyakan adalah terpengaruh dengan method Mazhab Hanafi yang disebarkan oleh tokoh utama Mazhab itu, yaitu Muhammad bin Al-Hasan Al-Shaibani.

Kata Al-Karabisi: "kami sebelum ini tidak kenal apakah (istilah) Al-Kitab, Al-Sunnah dan Al-Ijma', sehingga datangnya Al-Shafi'i, beliaulah yang menerangkan maksud Al-Kitab, Al-Sunnah dan Al-Ijma."

Kata Abu Thaur: Kata Al-Shafi'i: Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menyebut (di dalam kitab-Nya) mengenai sesuatu maksud yang umum tetapi ia menghendaki maksudnya yang khas, dan ia juga telah menyebut sesuatu maksud yang khas tetapi ia menghendaki maksudndya yang umum, dan kami (pada ketika itu) belum lagi mengetahui perkara-perakara itu, lalu kami tanyakan beliau..."

Pada masa itu juga dikatakan beliau telah menulis kitab usulnya yang pertama atas permintaan 'Abdul Rahman bin mahdi, dan juga beberapa penulisan lain dalam bidang fiqah dan lain-lain.

AL-SHAFI'I DI MAKKAH DAN MESIR (197H-204H)

Sesudah dua tahun berada di Baghdad (197) beliau kembali ke Makkah. Pada tahun 198H, beliau keluar dari ke Baghdad dan tinggal di sana hanya beberapa bulan saja. Pada awal tahu 199H, beliau berangkat ke Mesir dan sampai ke negara itu dalam tahun itu juga. Di negara baru ini beliau menetap hingga akhir hayatnya pada tahun 204H.

Imam As-Shafi'i wafat pada tahun 204H. Asas Fiqih dan Ushul Fiqih kemudian disebar dan dikembangkan oleh para sahabatnya yang berada di Al-Hijaz, Iraq dan Mesir.

FATWA-FATWA IMAM AL-SHAFI'I

Perpindahan beliau ke Mesir mengakibatkan satu perubahan besar dalam Mazhabnya. Kesan perubahan ini melibatkan banyak fatwanya semasa beliau di Baghdad juga ikut berubah. Banyak kandungan kitab-kitab fiqahnya yang beliau hasilkan di Baghdad diubah. Dengan ini terdapat dua fatwa bagi As-Shafi'i, fatwa kana dan fatwa barunya. Fatwa lamanya ialah segala fatwa yang diucapkan atau ditulisnya semasa beliau berada di Iraq, fatwa barunya ialah fatwa yang diucapkan atau ditulisnya semasa beliau berada di Mesir. Kadang-kadang dipanggil fatwa lamanya dengan Mazhabnya yang lama atau Qaul Qadim dan fatwa barunya dinamakan dengan Mazhab barunya atau Qaul Jadid.

Di sini harus kita fahami bahwa tidak semua fatwa barunay menyalahi fatwa lamanya dan tidak pula semua fatwa lamanya dibatalkannya, malah ada di antara fatwa barunya yang menyalahi fatwa lamanya dan ada juga yang bersamaan dengan yang lama. Kata Imam Al-Nawawi: "Sebenarnya dikatakan ke semua fatwa lamanya itu ditarik kembali dan tidak diamalkannya hanyalah berdasarkan kepada ghalibnya saja."

PARA SAHABAT IMAM AL-SHAFI'I

Di antara para sahabat Imam Al-Shafi'i yang terkenal di Al-Hijaz (Makkah dan Al-Madinah) ialah:

  • Abu Bakar Al-Hamidi, 'Abdullah bin Al-Zubair Al-Makki yang wafat pada tahun 219 H.
  • Abu Wahid Musa bin 'Ali Al-Jarud Al-Makki yang banyak menyalin kitab-kitab Al-Shafi'i. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
  • Abu Ishak Ibrahim bin Muhammad bin Al-'Abbasi bin 'Uthman bin Shafi 'Al-Muttalibi yang wafat pada tahun 237 H.
  • Abu Bakar Muhammad bin Idris yang tidak diketahui tarikh wafatnya.
Sementara di Iraq pula kita menemui ramai para sahabat Imam Al-Shafi'i yang terkenal, di antara mereka ialah:
  • Abu 'Abdullah Ahmad bin Hanbal, Imam Mazhab yang keempat. Beliau wafat pada tahun 241.
  • Abu 'Ali Al-Hasan bin Muhammad Al-Za'farani yang wafat pada tahun 249 H.
  • Abu Thaur Ibrahim bin Khalid Al-Kalbi yang wafat pada tahun 240 H.
  • Al-Harith bin Suraij Al-Naqqal, Abu 'Umar. Beliau wafat pada tahun 236 H.
  • Abu 'Ali Al-Husain bin 'Ali Al-Karabisi yang wafat pada tahun 245 H.
  • Abu 'Abdul Rahman Ahmad bin Yahya Al-Mutakallim. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
  • Abu Xaid 'Abdul Hamid bin Al-Walid Al-Misri yang wafat pada tahun 211 H.
  • Al-Husain Al-Qallas. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
  • Abdul Aziz bin Yahya Al-Kannani yang wafat pada tahun 240 H.
  • Ali bin Abdullah Al-Mudaiyini.
Di Mesir pula terdapat beberapa tokoh ulama yang semua adalah sahabat Imam Al-Shafi'i, seperti:
  • Abu Ibrahim Isma'il bin Yahya 'Amru bin Ishak Al-Mudhani yang wafat pada tahun 264 H.
  • Abu Muhammad Al-Rabi' bin Sulaiman Al-Muradi.
  • Abu Najib Harmalah bin Yahya Al-Tajibi yang wafat pada tahun 243 H.
  • Abu Musa Yunus bin 'Abdul A'la Al-Sadaghi yang wafat pada tahun 264 H.
  • Abu 'Abdullah Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Hakam Al-Misri yang wafat pada tahun 268 H.
  • Al-Rabi' bin Sulaiman Al-Jizi yang wafat pada tahun 268 H.
Dari usaha gigih merekalah, Mazhab Al-Shafi'i tersebar dan berkembang luas di seluruh rantau Islam di zaman-zaman berikutnya.


(Bersambung)



Sari, R. 2013. Majalah Misteri Edisi 555. Jakarta: Yayasan Sinar Berdiri Jaya.